Home

Advertisement

Customize
 
 
30 October 2007 @ 02:20 pm
Corat-coret sekitar Gegar Ria 2007  

Aku puas hati. Aku happy. Aku gumbira. Sebab, majlis tu berjalan dengan lancar. Oh, walaupun betul ada beberapa perkara yg berlaku, tapi, in overallnya, sesungguhnya majlis tu berjalan dengan lancar. Thanx to all the AJKs.

Hmm... di mana patut aku mulakan update aku nih? Sebab rasanya, terlalu banyak lah kenangan manis dan jugak tak berapa manis sepanjang mengplan, mengorganize dan menjalankan majlis Gegar Ria ni.

Excited giler aku nak berGegar Ria ni. Bila dah semakin hampir, baru lah terasa keterujaan itu. Jumaat tu, lepas balik kerja, aku terus ke rumah Arc, sebab nak menolong dia balut hadiah dan hamper. Yam pun ada sama. Well, the 3 stooges... :D. Walaupun sesungguhnya aku memang penat hari tu, tapi bila tengah kitaorang (aku, Yam, Arc dgn Budak) membalut hadiah/hamper tu, seronok je rasa. Teruja dan tak sabar² nak tiba harinya. Yelah, punyalah lama kitaorang dok plan majlis ni. Dari tengah tahun agaknya. Promosi one after another, akhirnya, tiba jugak hari yang ditunggu.

Sabtu pagi tu, aku masih online sebab ada few preparations lagi yang aku nak make sure ada. Coco punya slides tu dia nak tunjuk, dengan Malim ada email backdrop Gegar, dan jugak membantu si Yam ni buat listing/cari lagu. Kalut makcik tu, sebab at the very last minit, lagu terdeletelah, sampaikan boleh lupa cemana nak burn cd/dvd. Meks tak daya dah nak mikirkan untuk dia masa tu, fenat.

Mula² aku dgn Yam nak datang dgn 1 kereta je, tapi mengenangkan kete aku dah banyak barang, penuh bonet dan separuh kat seat belakang dengan hadiah dan hamper, so kami settel jugak dengan kereta masing² ke De Palma. Aku baru nak bersiap masa dapat sms Wak, kata dah sampai De Palma. Alamak!. Aku haram tak bersiap lagi eheheheh. Sebenarnya AJK memang sepatutnya berada di situ pukul 1, tapi dengan suka hatinya letak kat entry, pukul 2 (mampos aku kalo wak tau ni ekekekekek). Bukannya sebab apa, even tho aku tau, geng2 ajk ni, kalau kata pukul 2, pukul 3 depa baru sampai, tapi disebabkan dewan tu hanya boleh masuk pukul 2 lebih, dan pulak nanti ajk akan duduk berlamaan dekat situ, so kesian la pulak kalau nak suruh depa datang awal² kan. Tu yg aku ala-ala overtake Wak tu wahahahaha. Mampos aku!.

Time aku gerak tu, MRR2 ada la di certain2 jalan jam tapi aku tak la consider teruk berbanding dgn aku dengar depa² yg datang kemudian ni cakap. Trafik jam ya amatz. Sib baik. Masa aku sampai, Angah, Wan, Limah dan Wak dah ada. So terus ambik tshirt AJK dan terus tukar. Takde lah buruk sangat tshirt tu, aku dok imagine buruk aje sebabnya, sebenarnya, utk logo kat tgh tshirt tu, aku mintak kaler blue black, sama dgn stripes kat lengan baju tu, tapi, bila dah siap, Wak kata warna biru laut. Gezut la jugak meks. Risau tak elok je, dan risau kalau ajks lain dok marah sebab tak elok ke pulak. Mamposs aku lak kan. Tapi, cantik comei aje tshirt tu. Bila dah pakai tshirt tu, bertambah semangat nak buat kerja. Later lepas tu, Budak, Arc, Zura dan adiknya pun sampai. Limah tolong bubuh doorgift dalam paper bag, Angah dok sibuk menganyam ketupat kat one end, Wak, Wan dan Ham dok menghias stage dengan ranting² dan backdrop, Budak dok setting² laptop dia dan jugak pada masa yg sama, dok praktis gitar dia. Meks sentiasa dengan kertas dan pen di tangan, boleh?. Not only sebab dok tengok budget, meks dok tengok checklist, kot ada apa2 yg tertinggal lagi. Alhamdulillah segalanya ada, seperti yg diminta.

Later tu, aku dgn Angah turun sekejap utk pegi buat full payment kat registration counter, as well as ambik bilik yg dah dibooking. Puteri sampai kemudiannya, so bertambah meriah le keadaan. Masa ni, kerja² dah almost done. Puteri did a good job, menyelesaikan hal-ehwal registration dan lucky draw punya preparation. Disebabkan kerja2 sumer almost done, kecuali bab setting internet connection, aku, Arc dgn Puteri lari kejap ke Ampang Point, sebab ada 3 lagi hadiah lucky draw tak cukup. Seboleh mungkin, kami nak make sure semua yg hadir akan dapat hadiah lucky draw. Baru la berbaloi dan masing² seronok kan, cumanya mahal murah tu bergantung pasa nasib la.

Kejap aje, masa tu pun dah dedekat pukul 5 kot by the time kami balik ke hotel. Sepatutnya nak diadakan rehersal pukul 6 tapi memandangkan ada lagi beberapa orang tak sampai, so aku, Angah, Wak buat briefing sendiri je lah kat belakang untuk diskas flow of the event dan Wan dok cari² doa dalam buku doa dia tu ekekekeke, sejibik macam ustaz lagaknya ahhhaha. So kami ala-ala panel interview, boleh? Panggil sorang² yg terlibat/in-charge utk satu² kerja tu, utk dibriefkan tugas depa dan flow. Masa ni, Coco, Afzal dan Tualang dah sampai, dan memang terus sepantas kilat depa setup utk technical thingy tu.

Oh, sebelum tu, Puteri dapat call dari kg, dapat berita yg opah dia tak berapa sihat dan dia perlu balik kg time tu jugak. We ols faham, dan apa yg dia dah buat tu memang membantu sangat² perjalanan majlis.

Aku naik atas bilik utk bersiap, dah dekat² pukui 7. Tu dia bilik meks fenuh. Ada 2 minah Jepun tu, Yam, Shima, Coco, CT dan Zura. Bilik aku dengan bilik Arc, ada connecting door. So senang la sikit nak bergoss hahaha. Rupanya, complimentary room yg kami dapat tu, tak boleh nak dibuka pintunya. Aku baru tau time tu, tatau la either sebab dah over time yg dibenarkan ataupun cemana. Tapi takde sapa pun sempat nak pegi cekkan, masing2 busy. So tak kisah le. Yang lelaki, gunakan bilik Arc, dan yg perempuan gunakan bilik aku dan Yam.

Bila aku turun balik, dah ada guests yg sampai dan mingle around. Memang majlis tu diplan sebegitu. Pintu tak akan dibuka sebelum waktunya, so guests sepatutnya mingle around kat luar, not only untuk depa beramas-mesra sesama sendiri, tapi jugak kami adakan 2 sesi. Sesi bergambar²an dan sesi recording sepatah dua kata. Alangz ditugaskan utk ambik speech dari guests tu, yelah, kalau boleh memang nak semua yg datang tu cakap la sikit2 pasal majlis ni kan, tapi sudah tentu le tak dapat capture semua, sebab ada yg tiba lewat. Aku pun, nasib baik kena paksa dgn Wak suruh buat recording tu, kalau idak, memang aku akan miss punyalah. Sama jugak macam tulis atas guestbook tu. Kalau Yam dgn Limah tak paksa aku tulis time tu jugak, memang melepas la aku rasa. Tapi guestbook tu dimahapkan la kan, later pun boleh ditulis lagi. Bila masuk dalam dewan, aku tengok Tuan-Alang tak salin baju melayu lagi. Agaknya baru selesai setup agaknya. Kat another corner pulak, geng² guys yg nak perform tu dok praktis, dgn petikan gitar dan jugak menyanyi. Sapalah lagi, kalau bukan Budak, Zaidee, Wan, Par, Afzal, Dit. Jijo pun ada sama. Zaidee baru sampai rupanya, tu yg depa baru nak praktis. Anyway, aku pasti, audience tak kisah pun samada performance tu sumbang ke idak, the spirit tu yg depa nak tengok tu.

Sebelum pintu bebetul dibuka, Wak panggil all ajks, kasi sepatah dua kata sikit kat ajks. Aku seronok sangat masa tu. Rasa macam, "yess, this is it!!". Dan semuanya macam bersatu hati utk ensure majlis tu berjalan dengan sempurna. Yer, bak kata Tuan-Alang kat tag tadi, Wak dan Angah selaku emcee, berjaya cover banyak situasi utk menutup certain glitches. Aku setuju menda tu.

Majlis sepatutnya bermula pukul 8, tapi seperti yg aku mentioned earlier, kebetulannya hari tu jalan nya jam sesangat, dan pulak tu hujan lebat. So kami faham bila ramai yg tak sampai lagi masa pukul 8 tu. Sebab tu, kami delaykan sikit, bukak pintunya pukul 8.30 mlm gitu. Kasi chance at least 60% dari tetamunya sampai. Thanx to Yam, yang menjaga hp aku, aku rasa few calls jugak aku received dan Yam handlekan sumer call/sms tu, termasuklah aku dapat sms dari Sempoii mengatakan cik asben dia telah melanggar vontots kete orang. Tapi sorry Poii, aku tak reply pun sms ko heheeheh.

Bila pintu dibuka, lagu raya berkumandang dalam dewan tu, Dewan Nuri 4, dan para ajk berdiri di tepi, menyambut tetamu yg masuk, sambil bersalaman. Huh, the feeling masa tu, tak boleh digambarkan. Seronok sangat!. Baik aku jgn express lelebih apa yg dirasakan pada saat itu, kang ada yg kata aku jiwang kan? *jeling Tuan-Alang* kekekekekeke.

Ada jugak beberapa event yg kami dah plan nak buat sebenarnya tapi tak terbuat, due tu masa yg begitu mencemburui majlis itu. Cewahhh. Contohnya, live-telecast tu, memang berjalan seperti yg dirancang, dan ramai taggers abroad yg online masa tu, dan tonton majlis tu secara real-time. Sapa ye yg ada masa tu. AF, AM, Iza, Kyora dan krozz. Thanx a lot korang sebab sudi nak menjayakan jugak majlis ni, walaupun remotely. Now, sapa kata, dok berjauhan takleh turut sama dengan majlis nih? :). Apa yg tak terbuat ialah, kami ingat nak kasi Joe cakap sepatah dua kata kepada audience, tapi disebabkan delay, so dia dah kena pegi keje pukul 9.15. Kononnya nak jugak bagi mana² taggers abroad berkata² sikit kat audience, pun tak terlaksana, tapinya, kami open chatting session tu kat 3 laptop yg dibawak. Kasi chance kat guests utk sembang² dgn depa. Tapi aku tak de pun menyinggah atau mengerling ke laptop² ini, bukan apa, sebab aku risau, once aku dah duduk depan laptop tu kang, aku tak gerak² lagi dah, tak mandang benda lain lagi dah ekekekek. Baik la aku refrained myself dari duduk depan laptop. Lagipun, baiklah kasi chance dekat orang lain hehehehe.

Untuk bab performance dan stage, memang Angah dan Wak handle sungguh², professionally. So memang lancar ajelah segalanya. Tak dinafikan menda alah tu, walaupun aku geram kat Budak dgn Zaidee ni, ada ke patut panggil aku naik atas nyanyi sama² lagu Letto tu. Haiyohhh, dah bila aku tak nyanyi, ala² posing maut aje atas stage, Tualang kata aku nunggu org snap gambar je, boleh?. Sentapz meks ok ekekekekekekke. Idak, aku memang fail bab nyanyi², rentikan le nak suh aku nyanyi. Buat sakit jiwa je dengar karang.

Ending part tu, mulanya, sambil guests dan ajks bersalam dalam satu pusingan tu, nak nyanyi ramai² lagu Mulanya di sini by Freedom, tapi tak dapat cari lagu tu last minit, so make do dengan lagu Bertemu dan berpisah aje. Plannya nak dibuat sambil memasang/memegang lilin yg dibekalkan atas every meja tu. Pun tak tertunai, tapi takpalah, tak le penting benar pun menda tu.

Lepas selesai tu, ajks ada post-mortem. Masa tu dah pukul 12 lebih. Saja la tanya apa benda yg terlebih terkurang sepanjang majlis tu berlangsung, overallnya, semua kata ok, kecuali apa eh? Ohh, kecuali, hal-ehwal related dgn hotel. Hmm, malas nak komen lelebih pasal hotel, tapi, rasanya, bagi pihak ajk, that would be the 1st and last buat event dekat hotel tu. So sambil post-mortem tu, sambil kemas² barang.

Oh ya, haruss aku cerita pasal hadiah lucky draw aku yg dimenyampahi dek kengkawan yg lain *kerling Arc, Yam, Fara dan Angah*, ekekekeekekke. Nombor aku naik antara yg last² jugak. Mulanya aku idaklah sexcited sangat pasal lukcy draw tu, sebab ikut rezeki le. Tapi disebabkan aku yg hulurkan hadiah tu, secara tak langsung, aku fokus gak la pada nombor² yg naik. Nak tergelak tu, nombor² yg naik di awal² tu, nombor yg sipi-sipi dengan nombor aku. 029 lah, 030 lah, 032 lah. Lepas pada tu, secara tidak disedari  aku mengharap jadinya utk dapat hadiah jam tu, top 5 rasanya. Alih² tersebut jugak nombor aku. Aku tengok kotaknya, dan aku tau itu hadiah sponsor dari Tualang. Aku tak terfikir hadiah lain, yg aku tergambar ialah wireless mouse, sebab kotaknya kecik. So meks agak kecewa la jugak sebab aku aim jam tangan tu heehhehe. So lepas ambik tu, aku letak sebelah, dan sambung tugas. Aku merayap ke sana ke sini, idak la aku peduli pun adiah tu. Bila last skali, masa Tualang tengah berkemas² equipment dia tu, aku saja lah nanya, "apa yg ko bagi nih", sebab aku tau dia ada bg 2 benda. Tiba² dia ckp, mp3 player!!. Hah! Baru aku teringat, salah satu dari hadiah dia ialah, Sony mp3 player!. Makkkk, terus aku terjerit time tu jugak, boleh? ahhahahaha. Sebab, sebelum jam tangan yg aku aim tu dibeli, aku memang mandrem aka aim nakkan mp3 tu ekekekekek. Meks sujuddsss. Hah, lepas tu, berbulu la depa² tu dengar aku menjerit² kegembiraan. Ala-ala Sempoii yg sexcited sangat bila dapat digital camera tu le ehehehehe. Ok, takat tu je cerita aku bab hadiah lucky draw. :D

Bila balik bilik, biasalah sembang² lagi, si Arc pun sama melepak kat bilik aku, maklumlah, connecting room. Aku, Yam dan Shima tido sebilik. Dalam pukul 1 lebih kot, Wak call, kata dia dah selesai hantar kawan minah Jepun dia tu, dan nak ke De Palma balik, nak hantar kawan dia yg parking dekat De Palma. Dan tanya, nak lepak² minum tak. Bila tanya Budak, dia ok aje, so berbondonganlah kami, berjalan kaki ke mamak's, letaknya berhadapan dgn hotel tu. Mengeteh katanya. Mrasalahhh tengok aku, arc dgn Yam sedondon pakai tshirt Gegar tu, boleh?. Wak, kawan dia Sham dan kuih koci (mamat jepun) tu, dah sedia ada. Sembang punya sembang, baru sedar dah pukul 4 pagi. Layu dah mata aku masa tu. So barulah ingat nak beredar.

Itu ajelah ceritanya pasal GEGAR RIA 2007.

Anyway, aku nak ucapkan berbanyak-banyak TERIMA KASIH pada semua AJK yg bertungkus-lumus dari mula planning Gegar nih sampailah tiba ke harinya. Everybody did a good job masa malam tu, Angah & Wak selaku emceenya, Puteri selaku orang yg memprepare hal-ehwal registration dan lucky drawnya, cuma di saat² akhir, dia takde rezeki nak join Gegar, tahun depan ada lagi Put jangan kamu risau, Yam dan Limah yang menjaga kaunter registration dan doorgiftnya, Tualang dan Coco yg bertungkus-lumus jaga bab live streaming dan presentation slidesnya, Alangz yg menjadi videoman dari mula sampai akhir majlisnya, Fara yg berjaya menjadi juru ramah-tamah melayan tetamu dan jugak sporting buat performance, sedap pulak tu, meks sujuddssss, Budak, Wan dan Zaidee yg berusaha keras mempraktis main gitarnya utk memastikan depa dapat perform malam tu dengan jayanya dan Arc dengan segala urusan hadiah-hadiahnya, tidak dilupakan Afzal yg sudi nak pakai costume dan sambut tetamu.

Last but not least, aku rasa, Gegar ni, kalaulah takde dapat support dari Joe, memang tak terpromosi jugak. Sebabnya, kat situ puncanya taggers ni berkenalan kan, kat situ lah portnya semua taggers/guests tu berkumpul dan berdiskas, kat situlah tempatnya nak bergado² pun, kat situlah tempatnya nak sentapz² pun, kat situlah tempatnya nak jumpa kawan baru pun.

Lagi satu, thanx a lot pada sponsors yg sudi nak sponsor majlis nih. List dia, dah aku publishkan kat previous entry kan. Sumbangan koranglah antara yg memeriahkan suasana dan feel majlis tu tau, sebab dah masing² sexcited dgn hadiah² lucky draw yg depa bakal dan dah dapat tu.

Akhir sekali, thanx kepada semua yg sudi datang, sebab kalau tanpa sokongan korang nak datang ke Gegar tu, tak terlaksana la jugak kan?. Dan aku yakin dan pasti, kita dah kenal dan bertambah bilangan kawan², sejak dari malam itu.

Kalaulah ada yg tak kena, terlebih dan terkurang yg berlaku sepanjang majlis tu berjalan, maaf dipinta, sesungguhnya, pastilah kami tak tersengaja dan tidak terniat nak berlaku sebegitu kan. Anyway, ini ada berita terbaru yg baru diterima (udah ala² pembaca berita lak aku nih ekekekek), dengarnya, Gegar 2008 nanti akan lebih boom dan happening!!. Itu antara kata-kata Joe, aku saspek harusss Joe dapat memunculkan diri tahun depan *mampos la meks speku ekekekekek*. So, stay tuneee!!!!.

Sebelum aku signing off, ini sajak yg Po dah buat, yg sepatutnya dibacakan pada malam Gegar tu, tapi, well, itulah yg aku kata tadi, ada few things yg tak terbuat. Hampun Po. Jangan marah!.

Sajak  yg ditulis oleh sahabat kami di Terengganu, Darekampo. Yang sentiasa memberi komen² membina samada di lorong hadapan (tag) mahupun di lorong belakang (YM), dan cerita-ceriti serta lawak kering. Thanx Po!!


Siapa sangka

Siapa sangka
Orang kita sudah sampai di angkasa
Impian menjadi cita-cita
Sejarah kini sudah ditempa

Siapa sangka
Orang kita sudah berada di mana-mana
Seluruh pelusuk benua
Tiada garis memisahkan dunia
Hanyalah titik-titik halus di atas peta

Siapa sangka
Tiada jarak masa membataskan kita
Hanya matahari dan bulan di atas sana
Membezakan ketika

Siapa sangka
Kau dan aku akan menjadi mesra
Walau kita tak pernah bersama
Hanya bersua di alam cyber

Siapa sangka
Huruf-huruf berganti suara
Riak emosi bertukar cerita
Kadang-kala mengundang airmata
Kadang-kala mencuit ceria

Siapa sangka
Kita mampu sehati sejiwa
Kita korbankan segala yang berbeza
Kita satukan dalam gelak ketawa

Siapa sangka
Ikatan persahabatan tercipta
Kita lemparkan segala prasangka
Semangat yang ada
Kita julang bersama
Semoga sinarnya menyala
sampai bila-bila

Siapa sangka
Nama-nama asing yang tertera
Pada kaca-kaca monitor
Kali ini bersua muka
Kini hadir di depan mata

Siapa sangka
Kita…
Yang bermula dari ruang bual bicara
Kini menjadi saudara
Kini menjadi sahabat dunia

~Po
....................................

Daaaaaa

Salam,
DeLinn, signing off dari Gegar Ria 2007
S3ksateri

[Eh, panjang giler update aku! Hahahaha, sorry le ye...Aku tak expect entry aku jadi sepanjang ini.]
 
 
( Post a new comment )
(Anonymous) on October 30th, 2007 09:40 am (UTC)
panjang ke ni??? lom sampai 10km lagikk .. lom berbaloi aku tunggu 3 hari deknon!!! ekekekeke.....

next year, ko jadik tetamu yg diraikan, bleh???
(Anonymous) on October 30th, 2007 01:35 pm (UTC)
next year,delinn duduk kat ceruk rantau mana pon,dia kena balik jugak! wakakakkakak
(Anonymous) on October 30th, 2007 02:20 pm (UTC)
Alaaammaakk...Sedihnya tak dapat ada sama!!
Kalau tak kerana periksa kertas..gerenti dah sampai dah...
Tengok gambar pun dah gegar!!!

Memang a job well done..Hats off to all the AJKs!

Sharifah
(Anonymous) on October 31st, 2007 01:57 pm (UTC)
nex year insya allah, aku boleh pi dah...study dh habis..tak dak kelas dah in the weekend

lin png
(Anonymous) on November 1st, 2007 02:23 am (UTC)
assalamualaikum dan salam sejahtera all my beloved fren
afzal nak minta maaf kalu ada salah dan silap yg afzal lakukan tanpa sedari, masa majlis gegar dijalankn hukhuk coco selalu salahkn afzal :( i really sory..
(Anonymous) on November 1st, 2007 02:51 am (UTC)
assalamualaikum dan salam sejahtera all my beloved fren
afzal nak minta maaf kalu ada salah dan silap yg afzal lakukan tanpa sedari, masa majlis gegar dijalankn hukhuk coco selalu salahkn afzal :( i really sory..
(Anonymous) on November 1st, 2007 05:48 am (UTC)
Re: assalamualaikum dan salam sejahtera all my beloved fren
salam..
kekeke.. afzal.. siap minta maap bagai plak(tapi awek ko cun beb,huhuhu), Delinnnn ,memang panjang betul entry ni..err tak lak sebut aku dtg ptg tu and sempat wat lawak utk hiburkan ajk yg memang bertungkus lumus siapkan apa yg patut ek... and hope linn still jadi ajk lagi nanti...huhuhu
-jijo-
 
 

Advertisement

Customize