Kami bergathering lagi tengahari tadi. Untuk kesekian kalinya. Di mana lagi kalau tidak di KL Sentral. Kali ni, bukan di Secret Recipe tapi di Chicken Rice Shop. Dari mula aku dengan Angah sampai, kedainya lengang, sampailah masa kami angkat montot nak bayar, kedai tu kembali lengang. In between tu, walaupun kedainya penuh sesak, kami hilang tenggelam dalam keasyikkan bergoss dan bermazhab bagai. Huhuhuhuhuhu.
Sedang asyik bersembang, tiba-tiba aku terperasan ada sorang mamat ni, mamat muda to be exact, datang menghampiri meja kami yang kebetulannya letaknya di muka pintu restoran tu je, sambil tersenyum². Aku terpaku dan terkasima sekejap. Dalam otak aku dok compute, aku kenal ke budak ni? Dia ni nak menjual product apa-apa ke? Kalau nak jual product, awatnya dia macam aim ke aku sorang je? Aku rasa muka aku memang blur dan stunned gitu kot. Kot la. Bila dia dah dekat pun, aku masih tak senyum kat dia. Then dia cakap, "Pn. Haz**za kan? Haaaaaa, that explained everythingggggg. Barulahhh aku tau dan kembali ke perwatakan ceria aku tu balik. Hiks! Ex-student Ija kekdahnya masa kat UiTM Machang dulu. Tersilap orang kisahnya. Biasa dah la keadaan gitu, tapi selalunya orang akan terus tegur atau sebut nama, bukannya dari jauh dok usha dan tenung macam nak makan orang tu. Hish! Bikin ribut saja dong!. Sempatlah la kami beramah mesra bagai dengan budak tu yang ramah tamah, dan menurut Ija, budak yang baik tu. Pandai ambik hati. Memang pandai pun ambik ati kami tadi. Depa tadi tu, sempat tanya budak tu, aku dengan Ija sama ke dsb. Buli occayyy budak tu.
Anyway, lebih kurang pukul 4, baru kami betul-betul keluar dari CRS tu. Tu pun, masing-masing tak balik ke office balik. Merayap sekeliling dulu, strolling and laughing, as if hari Ahad je gayanya hahahahaha. Tak sedar diri betul masing²nya.
Gambar tak byk snapped tapi ada la jugak sikit-sikit sebagai bahan bukti. Hiks!
Esok (Jumaat), aku cuti! Aku teruja nak ambik cuti tiba-tiba bila tengok Limah kemain bercuti Khamis dgn Jumaat. Kebetulan pulak pagi tadi, aku dapat call kata mak aku tak sihat. Sakit apa tah, bukannya sakit biasa² tu, lain macam pulak sakitnya. Sakit tapi tanak ke klinik, boleh? Sabar je lah. Other than that, insyaAllah Ija ada nak buat majlis bacaan Yassin Ahad ni sempena nak masuk rumah baru. So, esok pagi insyaAllah aku akan balik Ipoh.
So, selamat berhujung minggu, u ols!
Bye!
7 comments | Leave a comment
