Home

Advertisement

Customize
04 January 2008 @ 03:03 pm
Tukar blog address  
Sempena tahun baru, aku nak berpindah rumah.

Silalah ke blog baru aku

Sebab apa aku tukar domain?. Saja nak menyusahkan korang kih kih kih.

So sapa-sapa yg ada buat link, silalah update link nya yach.

Daaaaa
 
 
03 January 2008 @ 03:15 pm
Tight schedule  
Jadual aku penuh. Dari mula new year sampailah ke tengah bulan Feb agaknya. Oh weekend nih aje aku free. Malas la aku nak buat plan apa-apa. Kononnya nak rehat-rehat aje di rumah. Eh tapi mak suruh balik Ipoh tapi tengok la dulu kalau rajin. Sebab lepas tu meks busy. Meh sini meks listkan schedule meks (PA, sila take note yach hahahaha).

8 Jan - Exam IELTS - Speaking
10 Jan - Cadangnya nak gi rumah Alangz, training pasang khemah.
12 Jan - Exam IELTS - Writing
12 - 13 Jan - Camping dgn member-member UUM aku.
17 Jan - Ija & Meran balik dari Ostolia
19 Jan - Kenduri Aqiqah anak adik kat Ipoh
26 - 27 Jan - Balik Ipoh
3 - 12 Feb - Meks membawa diri ke Sydney. Cari 'kawan baru' kat Ostolia pulak lah. Yahooo! (Ooppss, passport dgn visa masih belum dibuat. Minggu depan aku buat, insyaAllah. Lepas tu, boleh le aku ajak Yam dan Deo gi jenjalan kat Singapore)
16 Feb - Wedding Alangz & Zura *Congrats korang :-)*

Ha, lepas tu baru free. Hiks. Huiyoooo penuhnya schedule meks. Tak sangka. Hiks!.

Petang ni Dijah akan turun dari Ipoh sebab esok pagi pukul 10 aku dah setkan appointment nak jumpa dengan bos besar bahagian biasiswa kat kpt. Bukan apa. Hmm, alang-alang dah suku jalan prepare dokumen, aku teruskan ajelah plan hantar appeal tu. Cumanya aku dengan berani dan gagahnya pegi setkan appointment jumpa dengan bos besar dia, boleh?. Hiks. Yelah, bila dah takde hope apa-apa ni, memang meks berani aje. Semalam masa telefon steno dia, aku siap cakap gini, "Saya ni tak kenal En. Z ni. Dia cemana, ok ke? Approachable dak?". Suka hati aku je kan? lalalalalala. Bila steno dia cakap yang En. Z ni ok, lega la jugak dengar ehehehe. Memandai-mandai aje aku nak pi approach orang tuh. Orang lain main drop aje appeal letter kat situ hehehehe. Eh, aku pulak yang approach orang ni, azam 2008 nak bagi orang yg approach aku keh keh keh. Nantilah esok aku update apa ceritanya pulak.

Aku tak proses pun lagi cd Gegar tu. Malas. Takde mood pun ye jugak.Tunggu lah yek. Malas la nak bagi janji manis lagi. Tawar jadinya nanti.

Esok Zarina last day kat office aku ni sebab dia akan balik semua la company lama dia, Celcom. Dia pun malas nak duduk sini lama-lama sebab tak larat berada di bawah cengkaman kuku besi agaknya. Hiks!. So petang, kami, the kroni ni, akan bergather dan mencelebrate pemergian dia. Aku, Dee, Kak Ct, Zana, Azah dan of kos Zarina. So sad Zarina akan meninggalkan kami di sini, sob sob!.

Eh, mandom la entry aku hari ni. Dah le.

Daaaaaaaaaa.
 
 
01 January 2008 @ 07:27 pm
Di ambang 2008  




Aku sempat jumpa Krozz malam semalam (Isnin malam) yang balik bercuti selama 2 minggu dari London. Malam ni (1st Jan) dia fly balik ke sana. Ramahhhhhhhh le sangat orangnya. Aku kebetulannya tengah lapar, so aku cakap kat Arc, save time aku nak menyembang untuk sementara sebab Krozz take over the meeting, hik hik. Tak caya, tanyalah depa-depa yang datang tu. Sangat ramah dan baik kan Krozz tu? Thanx Krozz sebab sudi jugak meluangkan masa jumpa kitaorang ni, sampai sesat-barat dia.



Kemudian, malam tu, aku dengan Norma, Nora & Chombie gi tengok bunga api. Pukul 10.50 mlm kitaorang keluar, ingatkan kitaorang cerdiklah sebab keluar awal, bolehla cop parking. Skali tu, jambatan depan MOF tu dah kena tutup dek pak polisi. Pusing balik ikut jambatan Presint 8 tu pun dah berderet penuh kete parking. Terus melencong ke Kelab Tasik. Ingatkan kitaorang je cerdik nak pegi lepak kat Kelab Tasik, masuk-masuk aje parking, tu dia parking penuh dah. Awatla semua orang PUJ ni secerdik kitaorang dan sibuk-sibuk nak tengok bunga api?. Hiks!. Lepas parking (lega sebab dapat parking), kitaorang terus menuju ke bahagian belakang kelab tu, kat tepi tasiknya. Kat atas jetinya. Dapat good spot lepak atas jeti, tepi tasik. Oohh indahnya permandangan dengan bayu yang bertiup lembut, sambil pulak sembang-sembang akan isu-isu semasa. Nyaman. Bunga apinya tak la semenggah mana, lepas habis tu, orang beransur-ansur balik tapi kitaorang sambung lepak situ, sambung menyembang. Macamlah kat rumah tak boleh menyembang.



Siang tadinya pulak, awal-awal lagi anak-anak dara ni dah bangun sebab malam tadi tiba-tiba dapat idea nak ke Redbox. Sekor-sekor first timer. Teruja sorang-sorang. Lepas breakfast, terus menuju ke Sunway Pyramid. Dalam dok pk nak ke Redbox, sapa tah pegi keluarkan idea ajak tengok wayang. Ha, meks ni memang pantang kalau sebut bab tengok wayang. Mulanya nak nonton The National Treasure 2, tapi bila dah hampir dengan kaunter, terus tukar fikiran dan tengok citer The House, cerita hantu siam. Takut le jugak tapi idak la takut sangat.



Lepas keluar wayang baru le ke Redbox. Melalak la sekor-sekor melepaskan apa-apa yang terbuku di hati. Ada yang tengah frust bercinta, ada yang nak release tensen keje, ada yang nak enjoy dan ada yang nak praktis utk Gegar 08? hahahahahahahahahaha. Pukul 5.30 baru keluar. Sorang-sorang dah bersuara serak. Aku la yang bersuara serak sebab sapa tah pegi pilih lagu Kak Melah, Kau kunci cintaku di dalam hatimu. Aku bantai menjerit menyanyi tu, ala-ala perasan diva nak tiru suara Kak Melah yang high pic tu hahahahahahah. Lepas tu, disebabkan syiok menjerit, kitaorang pegi pilih lagu Ziana Zain, Anggapanmu hahahahahah. Saja suka-suka sebab nak menjerit part tinggi tu. Dan tidak dilupakan, sambil jerit sambil cuba angkat kening sebelah kekekekekekeke. Giler betoi!!!. But it was fun!



Lepas keluar, baru insaf. Esok keje dek non. Terus balik PUJ. Tu pun kalau idak nak melepak mengeteh lagi tapi masing-masing dah tak daya dah. Adoiiii. Janganlah Limah perasan entry aku yang berjoli sakan ni sebab hari tu aku cakap dekat dia, di ambang 2008 aku nak dok rumah mengaji aje kekekekekeke. Tapi dia sure tak perasan punya, sebab dia jarang baca entry aku kecuali kalau dipaksa jek. Hiks!.



Cemana korang punya cuti New Year?. Enjoy the the slideshow below...!



Daaaaaa
 
 
31 December 2007 @ 11:36 am
Happy New Year, my dear friends... :-)  
Happy New Year everybody...!!

Cewah, beria aku nih. Takde le apa sangat pun new year nih.

I had a great year throughout 2007 ni. Boleh dikatakan begitulah. Seingat aku la. Takde apa-apa yang yang buat aku down teruk-teruk sangat. Aku sokmo happy aje. Aku dianugerahkan dan dipertambahkan dengan kawan-kawan. Kawan-kawan yang baik hati, yang sehati sejiwa seia sekata yang melekat terus dalam hati aku. Kawan yang, saban hari asik la nak berjumpa-jumpa sokmo. Kawan-kawan yang bikin hati aku senang, buat hati aku tersenyum. Ada yang melekat terus sedalam-dalamnya sampai tak boleh nak terkeluar pulak dah kalaupun jenuh nak ditarik-tarik keluar. Tu pun ye jugak.

Meh la aku nak imbas balik beberapa peristiwa yang aku boleh ingatla, terjadi kat aku sepanjang 2007 ni.

Awal tahun, meks tersangatlah busynya. Aku ditempatkan ke department yg baru kat office aku ni. Kat bahagian Support. Unit aku masa tu baru nak ditubuhkan. Bayangkan lagi seminggu nak Live, baru aku diberitahu aku kena masuk unit situ, menerajui unit situ, yang satu hapah pun takdak lagi, dan aku satu hapah pun tak prepare. Pendek kata, I was not mentally prepared. Ha masa tu, busy sesangat-sangat. Aku ingat lagi, balik keje sohih la lewat, as late as 2 am pun ada. Kemudian, by 7 am, kadang tu 7.30 am aku dah terpacak kat office sebab punyalah banyak benda nak kena buat. Tak menang dek tangan meks yg comel ini. Series of briefings dan discussion kena attend.

Anyways, surprisingly, meks enjoy sangat-sangat kat unit situ.Busy tapi aku suka. Aku sanggup menyerahkan body, jiwa dan raga aku utk unit tu. My ex-bos pun sampai terperasan yang aku all out utk setup unit tu. Dan aku happy. Sebab tu aku ikhlas dan suka aje buat keje-keje tu. See, kalau kita suka dengan keje kita, biar pun busy cemana, kita tak akan mengomplen. Cewahhh.

Kemudian, awal tahun, meks ada sedikit 'perselisihan' faham dengan kawan meks yang lagi berdua tu. Kalau korang mengikuti lah blog aku. Lalu meks mengasingkan diri, menjauhkan diri, menyenyapkan diri dari depa. Meks lebih menginvolvekan diri dengan kawan-kawan tag. Tak sedar pulak, meks ter'over' masuk dengan kawan-kawan tag. Eh, memang dari tahun lepas pun close tapi idak la tegar semacam ni jek. Hiks!. Meks sujuddss. Tapi aku dah ok dah dengan kawan-kawan aku tu. No worries. Meks dah insaf dan nak mulakan hidup baru dah, ahaks!. Poyo!! kekeke

Tengah tahun, Ija dapat tahu yang dia dapat offer sambung study kat obersi. Meks happy for her. Dan lepas-lepas pada tu, meks pulak dapat offer sedemikian rupa. Kiranya orang kata, duduk pun 9 bulan dalam satu uri, ala-ala dia nak ke sana, aku pun terdapat jalan nak ke sana. Meks teruja masa tu.

Along the way, aku rasa ada beberapa perkara yang aku improve bila aku berkawan dengan depa-depa ni. Perlu ke meks detailkan satu persatu?. Dinch perlu la rasanya, kang kembang-mengembang sekor-sekor. Apapun, aku sangat-sangat bersyukur dapat kenal dan bertambah rapat dengan kawan-kawan aku tu. They may seem ganas-ganas, cakap lepas, hu ha hu ha, jorok, tapi... ada something pada depa yang aku boleh belajar dan improvekan diri aku.

Oh lagi satu perkara besar, start April sampailah ke lepas raya, geng Reban dok sibuk plan pasal Gegar Ria. Beria-ria ni. Honestly, mula-mula tu aku gusar jugak. Biar benar menda ni nak dibuat secara besar-besaran beno walaupun sebenarnya meks memang suka majlis besar-besar gitu. Dan meks memang suka nak melibatkan diri dengan perkara-perkara gitu. Tu yang bila dah suka tu, meks tak kisah buat menda-menda gitu. Dan alhamdulillah, berjaya.

Series of birthday celebrations dan gatherings pun banyak diadakan sepanjang 2007 ni. Tah la, bukan dirancang tapi it just happened!. Taulah perangai aku kitaorang ni banyak yg last minit, so menda-menda tu pun last minit la hehehe.

Oh bulan August ada pergi kursus BTN kat Taiping. I will always treasure those moments, sebab disitulah aku jadi makin rapat dengan Dijah, dengan Belle, sebab depa sebilik dengan aku. Dan aku masih rapat lagi dengan both of them, as at today. Belle mungkin jauh sikit sebab dia kat UK nun tapi that doesn't mean yang aku dgn Dijah tak berkomunikasi dengan dia. Nope. Kami masih bercontact, masih memberi nasihat towards each other, masih mengambil berat akan hal masing-masing. Alhamdulillah. Dengan Dijah, tak payah ceritalah. Tak payah nak diceritakan dengan lebih lanjut, she will always have a special place in my heart.

Ish... maleh la pulak citer panjang-panjang. Moralnya, tahun 2007 adalah a friendship year for me. Dan year full of berpoya-poya gitu, boleh?. Year full of membazir duit ke arah makan-makan semedang gitu, boleh?. Betul, year of friendship gitu. Meks dapat ramai kawan baru. :-)

Okey, dah le bab tu. Meh cerita bab azam pulak. Apa yach azam aku?. Perlu ke cerita?. Kang kalau tak tercapai kang, meks jugak yang termalu sendiri. Cakap berdegar-degar gitu kan padahal habuk pun tarak. Satu yang pasti, meks nak cuba menlow-profilekan dirilah untuk tahun 2008 ni. Not that I'm a superstar pulak skang ni, idakkkkk. Hah tu harus la ada yang dah mengutuk aku kata perasan tu kan? hahahahaah. Lantak aku la kan?. Suka hati aku le ye dak?. Hiks!.

Lagi satu, aku nak dan akan berkawan dengan orang yang mengappreciate aku sebagai kawan. Orang yang menganggap aku kawan dia. Kawan yang tak menyusahkan kepala otak aku. Period. No, aku bukan kata aku period, tapi aku kata full stop. kekekekeke. Pernah tak korang dalam situasi di mana, korang menganggap orang tu kawan korang tapi dia macam tak appreciate je kita ni as friend dia?. Penah dak? Ke tak penah? Takkan aku sorang je pernah berasa gitu? Sentapzzz sangat lah korang nih!. As much as I value friendship till deep down inside my heart, I would expect to be treated the same way from my so-called friends, kalau pun tak sampai ke dalam lubuk hati diaorang tu. Enuf said about that. Apalah aku asik membebel.

Selain dari tu, plan study?. *sigh*. Aku malas  nak pk pasal ni. Let's make it this way. I may not have chance to further my study abroad (sebab honestly aku tak nampak cahaya ke arah itu. Macam takde rezeki gitu, wallahuallam), tapi insyaAllah aku akan sambung jugak belajar kat local uni. Tapi bila tu, wallahuallam la kan, dah local, bila-bila pun boleh... hiks!. Tapi, aku akan sambung jugak la kalau diizinkan dan kalau ada rezeki, it's just the matter of when je. Tunggu je lah.

Aku nak start diet program aku!!!. Ish, bab ini yang paling aku tak berani nak sebut benonya. Knowing me wahahahaha. Tapi takpa, meks dah pasang plan. As at today, masih ada la semangat tu kekekeke. Esok lusa wallahualam le kih kih kih. Jangan pulak gelakkan aku kalau aku tak boleh laksanakan bab ni, sebab korang tau la aku ni cemana kan?. Dah baper tahun korang kenal aku, dah baper lama korang baca blog aku, takkan lah tak kenal lagi aku ni kan? hahahaha. Okeylah, let me put it this way. Ini anganan aku. Meks nak start diet.

Lagi apa eh. Aku nak mengintai peluang kerja baru. Aku nak mengintai anak teruna kawan baru. Aku nak join gym atau exercise program (mintak-mintaklah Sempoii tak perasan statement gym aku tu, kalo dak sure dia racun-racun aku masuk fitness first dia. Jangan diracun-racun aku sangat, tak jalan karang. Biar aku decide sendiri, ok?. Hiks!.), aku nak banyakkan jalan-jalan cuti-cuti Malaysia.

Eh, apasal macam banyak sangat?. Dah leee. MOST OF ALL, biarlah aku lebih dekat denganNYA dan redha atas segala ketentuannya.  Aku cuma mahukan secebis kebahagiaan dan ketenangan dalam diri ini dan dimurahkan rezeki. Semoga hati aku, sikap aku, perangai aku bertambah elok, matang dan bersih (takde jorok-jorok dah eihhh *jeling Deo*) dengan kedatangan tahun baru ni. Aminnnnnn.

Dan aku doakan segala yang baik-baik dan bahagia-bahagia aje untuk my fellow blog readers dan juga untuk kawan, teman dan sahabat aku. Aminnn.

Happy New Year korang...!!

Daaaaa
 
 
30 December 2007 @ 09:00 pm
Kisah tiga sekawan berbasahan di Sungai Klah Hot Spring, Sungkai, Perak  

Yam tak menyempat dah bukak strap tangan tu...


Malu kalau nak cakap, benda ni adalah salah satu dari plan last minit kitaorang. Aku, Yam & Deo. Hari Jumaat selepas solat Jumaat baru tiba-tiba idea nak bersuka-ria berbasahan ni timbul. Deo suggested pegi Sg. Klah, yang letaknya 5km dari plaza tol Sungkai, Perak. Aku tau kewujudan Taman Rekreasi Air Panas Sg. Klah, Sungkai ni sebab Atan penah pegi situ dengan keluarga dia, dan aku ada tengok gambar²nya. Cantik. Dan kebetulan pulak, weekend ni meks memang takde buat plan apa-apa pun, kecuali kononnya, diulangi, kononnya nak memproses cd Gegar 2007.

Pukul 7.35 pagi gitu, Yam fetch aku (yang kebetulannya kesiangan, beria-ria kunci jam pukul 6.30 pagi. Kalau mak aku tak call pepagi tadi, harus lebohhh aku kena membebel dengan budak dua orang tu), dan kami gerak ke Shah Alam, untuk ambik Deo pulak.



Kami singgah dulu di Tesco Extra yang letaknya cuma sekangkang kera je dari rumah Deo, untuk beli bekalan makanan. Beli mineral water sekotak (ni utk bekalan aku sekali), beli air kotak Soytalk, beli twisties merah besar, beli Chacos besar, beli bun Tuna 'Buy-1-free-1', lagi apa eh.. ha tu je kot. Kemudian kami langsung breakfast kat mamak's Restoran Sekayu ke apa tah, yang melekat bersebelahan dengan Tesco tu. Aku pekena roti telur manakala Yam dgn Deo pekena maggi goreng. Apa kes maggi goreng pagi-pagi dek non...!



Dan kemudiannya, dalam lebih kurang pukul 9 pagi, kami meneruskan perjalanan. Dalam kereta, biasalah bila kami bertiga bersua muka. Tak renti menyembang. Macam seploh tahun tak jumpa, padahalnya Jumaat malam baru aje bergossnya. Kami tiba di Taman Rekreasi Air Panas, Sg. Klah dalam pukul 10.05 pagi. Entrance fee RM8 seorang yach, dan kami diberi wrist strap kaler biru. Punyalah beria-ria kitaorang mengangkut segala makanan dgn tikarnya, sekali tu baru tau yang makanan luar tak boleh dibawa masuk ke kawasan kolam air sejuk. So berbondonganlah kami ke kereta balik, letak segala-mala makanan tu, dan cuma bawak air serta beg baju.



Along the way nak ke kolam air panas, sempat le kitaorang bergambar-gambar bagai. Aku dgn Deo yang beria-ria bergambar, Cik Yam macam tak berapa minat sangat dalam hal-ehwal bergambar ni. Masa kitaorang sampai tu, dah ramai jugak orang bersuka-ria dalam tu. Disebabkan tengok kolam air sejuknya agak fenuh dengan manusia, budak especiallynya, so kami decided nak terus berbasahan kat kolam air panas dulu. Melilau la jugak mencari, based on signboard dia yang tak berapa nak membantu tu.

Owhh... kami berbasahan dan berendaman kat hotspring tu sejam lebih kot. Walaupun sejam lebih, tapi macam-macam isu dibincangkan. Macam-macam gossip timbul. Macam-macam idea keluar. Terkeluar jugak la plan-plan akan datang, kot jadi.  Yelah, bukannya nak mandi sangat pun sebenarnya. More to nak berseronok-seronok dan bergossip-gossip bagai. Airnya, taklah panas sangat. Suam-suam kuku gitu, kecuali ada kat satu spot, tempat punca air turun. Ha, kat situ memang panas. Sempat la jugak berendam dekat situ sebelum naik ke darat.



Lepas pada tu, berbondongan pulak kami ke tempat foot refleksologi. Alah, yang ada batu-batu tula. Tempat air panas/suam la jugak. Lepak kejap, lebih kepada bergambar-gambar, kemudian kami terus ke kolam air sejuk pulak. Kat situ kami tak mandi pun. Ramainya umat, subahanallah. Tapi sudah semestinya kitaorang berposing-posing yach. Rugi la kalau tak berposing depan 'sotong batu' tu.



Oh lupa, masa on the way nak ke kolam air sejuk tu, boleh pulak kitaorang terserempak dengan Elf dan suaminya. Tapi tak bersembang pun bila Elf bisik-bisik, "syyyy...syyyy..Deo mana?". Kebetulan masa tu Deo jalan agak kebelakang dari aku dgn Cik Yam, so idaklah jadi bersembangnya. Macam hi & bye je gitu.



Salin-salin baju, dan terus ke kereta. Masa tu dah pukul 3.15 ptg kalau tak silap. Perut baru nak mula rasa lapar. So makan dulu bun dan junkfood yang dibeli tadi untuk alas perut sementara nak cari kedai makan. Mulanya kitaorang nak cari kedai makan 'udang-sotong' yang Lily kata ada dedekat situ. Kitaorang ikut jalan lama menghala ke arah Slim River/Trolak tapi nan ado kedainya.

So terus la ke Tg Malim. Deo kebetulannya tau kedai makan nasi ayam kampung kat pekan Tg. Malim tu, so kami stop situ aje. Makan nasi berhidang berlaukkan gulai sotong, ayam kampung masak rendang, ikan sepat goreng, ikan 'orang-beranak-kata-Deo' goreng, petai (nyum nyum.. too bad Cik Yam tak makan petai, kami berdua je dengan enaknya membelasah petai) dan timun. RM36. Mahal jugak kot pada aku sebab aku expect kedai makan kat pekan kecik sebegitu, sepatutnya murah. Tapi tah la pulak kot sebab kedai tu glamer kata dek Deo.



Perut kenyang, hati pun senang. Kami teruskan perjalanan. Tak berapa jauh dari tu, dalam 5 minit kot, nampak ada kedai jual cendol. Cendol Pa=Man katanya. Deo kata, "...makan cendol nak?". Aku terus aje sahut, "jommmmm". Sanggup tu patah balik dan pekena cendol. Walaupun tak la sekick cendol kat Sg. Besi (menurut Yam), tapi jadilah untuk melegakan tekak dalam cuaca yang sangat panas itu.



Ha, lepas tu pulak, bukan terus balik lagi. Menyinggah pulak kat kedai pau Tg. Malim yang top tu. Kedai pau Yik Mun kat pekan Tg Malim. Meks beli seketul pau ayam, kononnya utk dinner malam ni, dan Cik Yam beli frozen pau utk bekalan dibawak balik. Sempat berposing yach!



Ha, lepas pada tu, perut pun dah ketat, barulah kami straight balik ke Shah Alam. Drop Deo dan kitaorang terus balik ke PUJ.

Best ke tak?. Bestttt sangat!. What a relief!. Dalam kereta, kitaorang berapa kali dok kata, macam tak caya je kitaorang bertiga pergi berbasahan kat Sg. Klah. Macam tak caya je dek non. Tapi meks happy!. :-).



Esok keje... lepas tu cuti balik, yey!

Untuk gambar-gambar seterusnya, seperti biasa, silalah ke web album picasa aku.


Daaaaaaa
 
 
 
 

Advertisement

Customize